BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Khasiat Buah Pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (
alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (
cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘
The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

H1N1: Tiada kematian untuk hari ketiga(23 ogos)

Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dalam tempoh tiga hari
berturut-turut dan angka korban kekal pada 68 orang. Dr Mohd Ismail, berkata seramai 1,476 orang yang menghidap gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) ILI sedang menerima rawatan di 102 hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.
"Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 272 pesakit (18 peratus) yang disahkan positif H1N1.
"Daripada 272 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes adalah kemasukan baru sementara tiga kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Thursday, August 20, 2009

Angka terbaru H1N1 (20 Ogos 2009)

Jumlah kes kematian di negara ini seramai 68 orang.


Sebanyak 195 lagi kes disahkan positif H1N1 dengan 35 kes daripadanya mendapat rawatan di ICU dengan 20 kes terdiri daripada mereka yang mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (empat kes), penyakit kronik (lima kes), asma (dua kes), hamil dan bersalin (empat kes), obesiti (satu kes), kanak-kanak istimewa (dua kes) dan kanak-kanak di bawah setahun (dua kes).

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih aktif dengan melibatkan 182 negara.

Sehingga pagi ini, terdapat peningkatan kes jangkitan sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353 di seluruh dunia.

Tuesday, August 18, 2009

Inspiration

Inspiration by the light of day
Love is the inspiration for the
Heart to sing a tune
What gives inspiration to you and me

Inspiration really comes from everywere
Love conversation you've shared with,
me gives inspiration deep inside,
My soul

Inspiration It help us to learn
Inspiration comes from deep within
Inspiration takes my pain.

Senarai Jutawan Dunia

1. William Gates III $56.0 billion
2. Warren Buffett $52.0 billion
3. Carlos Slim Helu $49.0 billion
4. Ingvar Kamprad & family $33.0 billion
5. Lakshmi Mittal $ 32.0 billion
6. Sheldon Adelson $26.5 billion
7 Bernard Arnault $26.0 billion
8. Amancio Ortega $24.0 billion
9. LI Ka-Shing $23.0 billion
10. David Thomson & Fam $22.0 billion

Senarai Jutawan Malaysia

1 - Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2 - Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3 - Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4 - Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5 - Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6 - Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7 - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8 - Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9 - Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10 - Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

7 Keajaiban Dunia Yang Baru..


  • Tujuh keajaiban baru dunia telah diumumkan pada 07/07/07 untuk menggantikan senarai 7 'wonders of the world' yang lama.
  • Ia telah diumumkan di Lisbon, Portugal.
  • Pemilihan telah dilakukan oleh New Open World Corporation (NOWC) berdasarkan undian internet dan telefon. Menurut mereka ia melibatkan undian melebihi 100 juta undian dari seluruh pelusuk dunia.
  • Walaubagaimanapun senarai baru ini tidak diiktiraf oleh UNESCO kerana menurut mereka pemilihan adalah berdasarkan undian semata-mata; bukan berdasarkan artifak sejarah.
Senarai baru adalah seperti berikut:
Taj Mahal - malambangkan 'Passion' (semangat/keghairahan)
Colosseum - melambangkan 'Joy' (kegembiraan)
Statue of Christ Redeemer - Melambangkan 'Openness' (keterbukaan)
Chichén Itzá - melambangkan 'Knowledge' (pengetahuan)
Machu Picchu - melambangkan 'Dedication' (dedikasi)
Tembok Besar China - melambangkan 'Perseverance' (ketabahan/keteguhan)
Petra - melambangkan 'Protection' (perlindungan)

Usain pecut sepantas kilat

Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memusnahkan rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia dengan kepantasan menakjubkan - 9.58 saat dalam final acara berkenaan, kelmarin.

Lelaki Terpantas Dunia itu mencantas 0.11 saat daripada catatan 9.69s dilakukannya ketika memenangi emas Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu untuk membawa acara pecut itu ke zon masa yang tidak pernah termimpi sebelum kehadirannya.

“Saya sudah kata apa sahaja boleh berlaku dan ia terhasil di sini,” kata Bolt. “Ia satu sasaran besar tetapi saya melakukan 9.58s. Saya amat gembira dengan diri saya. Saya kini merancang untuk mencipta keputusan lebih baik selepas ini.”

Pelari Amerika Syarikat, Tyson Gay, juara dunia 2007, memberikan larian terbaiknya untuk meraih perak dengan catatan 9.71s, masa ketiga terpantas sepanjang zaman manakala pelari Jamaica, Asafa Powell meraih gangsa dengan 9.84s.

Rekod dunia 100m selalunya direndahkan melalui perpuluhan satu atau pun dua saat pada satu-satu masa, justeru catatan besar yang dilakukan Bolt, kelmarin menjadikan ia cukup luar biasa dan menakjubkan.
“Saya tidak berlari untuk rekod dunia,” kata Bolt, 22, kepada wartawan. “Sasarannya ialah untuk turun ke balapan dan memberikan yang terbaik kerana ia perlumbaan sengit. Saya mendapat permulaan bagus, saya sudah mendahului pada 20 meter dan tahu ia (perlumbaan) milik saya.

Bolt kini akan menerima AS$100,000 (RM350,000) daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) untuk catatan rekod dunia tetapi ia hanya jumlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang bakal diberikan penaja kepadanya sekarang ini.

Dia melintas garisan penamat dengan memandang jam catatan sebelum menumbuk dadanya dan meniup ciuman kepada penonton. Dia kemudian memeluk rakannya, Powell dan melengkapkan pusingan penghormatan sambil diberi tepukan gemuruh 70,000 penonton.

Gelombang ke-2 H1N1 Oktober

Malaysia mungkin menghadapi gelombang kedua virus Influenza A (H1N1) pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengarahkan kumpulan pakar kesihatan kementerian melakukan pemantauan rapi dari semasa ke semasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya bimbang virus berkenaan akan merebak dengan serius pada musim tengkujuh kerana hujan berterusan memudahkan orang ramai, terutama kanak-kanak mendapat selesema.

"Kita khuatir komplikasi (selesema) itu kemudian akan bercampur dengan virus H1N1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beberapa hari lalu juga sudah mengingatkan semua negara supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi gelombang kedua H1N1.

"Kita memantau keadaan H1N1 secara serius. Jika kita kesan berlaku gelombang kedua, kementerian akan membuat pengumuman awal supaya rakyat dapat mengambil langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Asia 2009 di sini, semalam.

Liow berkata, ketika ini Malaysia berada di tahap kecemasan kesihatan kerana angka kematian akibat H1N1 masih di bawah 0.1 peratus.

"Sekiranya kadar kematian disebabkan H1N1 melebihi 0.4 peratus, kementerian dengan segera akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan darurat kesihatan," katanya.

Beliau menjelaskan mengikut panduan WHO, peratusan kematian H1N1 dikira berdasarkan jumlah kes jangkitan dan didarab 20 serta dibahagi jumlah kematian.

Berdasarkan angka korban 64 orang dan 4,425 kes jangkitan sehingga semalam, bermakna

peratusan kematian H1N1 di Malaysia kini hanya sekitar 0.007 peratus.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan semalam, 284 pesakit lagi sedang menerima rawatan di hospital manakala 33 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Liow berkata, beliau sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam berhubung status darurat kesihatan.

"Kerajaan mendapati negara belum di tahap untuk diumumkan darurat kesihatan kerana kadar kematian disebabkan virus H1N1 masih di bawah 0.1 peratus.

"Selain daripada jumlah kematian, kementerian juga perlu mengambil kira perkara lain seperti nasihat pakar kesihatan yang sedang memantau situasi virus ini daripada semasa ke semasa," katanya.

Liow berkata, hanya MKN mempunyai kuasa untuk mengumumkan sama ada negara perlu diisytiharkan darurat kesihatan atau tidak.

Katanya, kementerian juga sudah mengarahkan semua hospital kerajaan dan swasta memberikan ubat antiviral kepada mereka yang didapati menghidap demam secara berterusan selama dua hari.

"Ubat yang sama juga perlu diberikan kepada mereka yang mengalami simptom influenza-like illness (ILI). Doktor perlu bertindak segera bagi membendung virus berkenaan," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya negara sudah mengumumkan darurat kesihatan.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata, hospital kerajaan masih kekurangan doktor, iaitu hanya 13,902 daripada 24,236 jawatan yang ditawarkan dipenuhi sehingga 31 Jun lalu,

"Bagi doktor gigi pula kita tawarkan 2,549 jawatan, tetapi hanya 1,441 dipenuhi manakala ahli farmasi, jumlah jawatan yang ditawarkan ialah 4,030 dan diisi cuma 2,986. Bagi jawatan jururawat kanan sejumlah 44,897 jawatan ditawarkan dan hanya 39,263 dipenuhi," katanya.

Data and statistics

  • Some 27% fewer children died before their fifth birthday in 2007 than in 1990.
  • Maternal mortality has barely changed since 1990.
  • 27 countries reported a reduction of up to 50% in the number of malaria cases between 1990 and 2006.
  • The number of people with access to safe drinking-water
    rose from 4.1 billion in 1990 to
    5.7 billion in 2006.
Source: World Health Statistics 2009

Prevention

Actions to Help Prevent Swine Flu.

* Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.

* Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze.

* Avoid touching your eyes, nose or mouth and try to avoid close contact with sick people.

* If you get sick, The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) recommends that you stay home from work or school and limit contact with others to keep from infecting them.

H1N1

Latest information and news regarding locations of swine flu cases and outbreaks including world death statistics by country.

Swine Flu is also known as swine fever, swine influenza A, H1N1 virus, pig flu, and because pork is banned under Jewish law, Israel is calling it the "Mexican flu."

The World Health Organization (WHO) is not recommending travel restrictions related to the outbreak of the Influenza A(H1N1) virus.

The chart below is updated as information comes to hand. The map below it marking swine flu outbreak locations is updated regularly.

Sunday, August 16, 2009

Personaliti berasal dari perkataan Latin ''pesona'', yang membawa maksud topeng, pelindung muka atau juga mengeluarkan suara (personare). Maksud-maksud ini merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Mischel (1999) menyatakan konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Kajian terhadap personaliti adalah penting kerana ramai dalam kalangan masyarakat kita yang beranggapan bahawa pelajar yang pintar adalah lebih baik kelakuannya daripada pelajar normal yang lain. Realiti sebenarnya tidaklah seperti yang dianggapkan itu. Hal ini kerana semua pelajar di dalam sesuatu bilik darjah mempunyai nilai baik yang sama. Kepercayaan bahawa pelajar pintar adalah lebih baik daripada pelajar yang lain boleh mendorong pelaksanaan amalan yang tidak adil atau amalan negatif bagi pelajar lain di dalam sesebuah bilik darjah. Kita biasa mendengar pelajar dikelaskan sebagai "baik" atau "tidak baik" berdasarkan kebolehan kognitif atau kebolehan akademik mereka. Sebenarnya kebolehan kognitif yang dipunyai oleh seseorang pelajar tidak semestinya membuat pelajar tersebut menjadi individu yang baik atau tidak baik.

Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seorang pelajar berkait dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan. Beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar (Orpen, 1976; Kay-Sandra 2001). Terman (1930), telah mengkaji perkembangan kanak-kanak pintar dan cerdas dengan menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Tests) yang telah diubah suai. Kajian awal oleh Terman ini mendapati bahawa pelajar pintar dan cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul dengan rakan sebaya. Sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka (Fatanah, 1997). Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah & Mariani, 2001). Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar pintar ini benar-benar mempunyai personaliti seperti yang dinyatakan itu? Menurut Nik Azis (1999), beliau mengatakan bahawa pada asasnya pelajar pintar cerdas juga adalah merupakan pelajar yang sama dengan pelajar-pelajar lain namun apa yang membezakan antara pelajar pintar cerdas dengan pelajar-pelajar normal yang lain adalah daya pemikiran mereka yang boleh membentuk helah bela diri dalam melindungi sifat negatif atau personaliti negatif yang ada dalam diri mereka.

Eysenck dan Cookson (1961) telah membuat kajian dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Staffordshire, dan mereka mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert. Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot, 1972; Anthony, 1977; dan Riding, 1979). Dalam kajian lain, Johnson (1997) juga mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan pencapaian akademik. Walau bagaimanapun, pendapat pengkaji-pengkaji ini telah disangkal oleh Dunn et al. (1989) dan Williams (1992), yang telah menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas terdiri daripada pelajar yang introvert, di mana mereka lebih cenderung belajar bersendirian daripada belajar berkumpulan. Cara dan gaya pembelajaran sebegini mempengaruhi pencapaian akademik.

Terdapat juga beberapa kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert-introvert dengan jantina. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan. Kajian awal Eysenck (1965) ke atas kanak-kanak berumur 7–16 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar perempuan. Mehryer dan Hosseini (1973) telah membuat kajian terhadap 707 pelajar lelaki dan 171 pelajar perempuan di Iran dan mendapati bahawa pelajar ekstrovert yang memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada pelajar lelaki. Meskipun
begitu, terdapat kajian yang menunjukkan dapatan yang berbeza. Sebagai contoh, kajian oleh Noran Fauziah (1988) menunjukkan perbezaan yang jelas di mana guru pelatih perempuan lebih ekstrovert berbanding dengan guru pelatih lelaki. Manakala hasil kajian Abdul Rahim (1991) terhadap murid-murid di sekolah rendah mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dari aspek personaliti ekstrovert-introvert.

Kesimpulannya, sukar untuk mengklasifikasikan PCA merupakan pelajar yang berpersonaliti ekstrovert atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana setiap pelajar adalah unik. Terdapat pelajar PCA yang perlu belajar dalam bentuk berkumpulan dan sering mengadakan perbincangan dengan guru dan rakan sebaya. Namun dalam masa yang sama terdapat pelajar yang lebih gemar belajar bersendirian dan memerlukan guru tuisyen persendirian untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Justeru terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada pencapaian yang cemerlang.